Sabtu, 25 April 2015

HOMESCHOOLING ACTIVITIES 2

Assalamualaikum wbt :)

Hari ni nak share HS avtivity Nu'man yang semalam. Hari ni school Nu'man cuti. hihi

Bahan-bahan aktiviti Nu'man semalam:



Ok, mulakan sesi pembelajaran kita dengan ummul kitab & doa penerang hati ya anakku.

seriusnya anak ummi nak start school

AKTIVITI 1: MASUKKAN POTONGAN KERTAS DALAM BOTOL

Aktiviti ni, bahannya boleh dapat kat rumah je. Potongan kertas warna warni & Botol air kosong. Nu'man nampak happy & seronok buat aktiviti ni, alhamdulillah :)





Saya sudah selesaikannya!

AKTIVITI 2: SHAPE SORTING

Shape sorter ni lama dah ummi beli. Nu'man nampak dah expert yang ni. Hari tu cari shape sorter kat Mr D.I.Y tak jumpa. Nanti ummi cari yang baru biar lebih mencabar daya berfikir Nu'man :)






AKTIVITI 3: TAMPAL STICKER PADA LUKISAN

Sticker ni lebih yang ummi guna untuk EBM Nu'man dulu. Sila abaikan lukisan yang buruk itu.




Hasil kreativiti Nu'man, ummi akan compile.


AKTIVITI 4: SUAI PADAN BEKAS & PENUTUP

Senang je untuk aktiviti ni, ambil beka-bekas kat dapur yang pelbagai saiz & bentuk. Ni di antara hadiah kawin sy :)





Good job my dear!

Dan diakhir sesi school Nu'man, ummi reward dia dengan kegemaran dia. Buah lai :)


Nampak tak muka kepuasan dia. hihihi

Sekian saja sharing untuk kali ini. Ummi nak list down aktiviti & barang yang perlu di beli untuk sesi HS Nu'man next week pula.

In the same time, ummi sedang do research tentang fakta-fakta homeschooling. Alhamdulillah bersyukur dengan amanah sebagai "ibu", dapat tambah ilmu setiap masa :)

Ilalliqa'

::membangunummahdarirumah::




Tiada ulasan:

Catat Ulasan