Selasa, 16 Jun 2015

UKHUWAH & ISTIQAMAH DI JALAN DAKWAH

UKHUWAH & ISTIQAMAH.

2 terma yang menjadi kebiasaan bagi individu-individu yang berada d jalan dakwah, apatah lagi di dalam sebuah gerakan Islam. Untuk memastikan diri tetap tsabat di jalan perjuangan sehingga kehujung nafas, ikatan persaudaraan sesama sahabat sefikrah amat penting peranannya.

Hujung minggu yang lalu, Alhamdulillah Allah izinkan sy & Nu’man untuk menghadiri retreat AJK Nisa’ Selayang. Retreat di adakan dengan bertujuan untuk kami bersama merancang gerak kerja juga untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami.

Saya & Nu’man pula baru berusia 3 bulan bersama sahabat2 ini setelah berpindah dari Shah Alam. Masyaallah, benar hati kami telah Allah ikat dengan satu aqidah perjuangan yg sama. Baru kenal seumpama telah bertahun kami bersama.

Tanpa ukhuwah, Istiqamah d medan dakwah itu payah.

Tanpa istiqamah d medan dakwah, kita terlepas dari mengambil manfaat utk berbakti kepada ummah dalam ruang yang lebih besar dan berkesan.

Tanpa ukhuwah & istiqamah d medan dakwah, khuatir hubungan hamba dan penciptaNya mula renggang.

Tanpa ukhuwah & istiqamah khuatir d saat hujung nyawa, kita tidak mampu lagi memikirkan tentang ummat.

Allahyarham Tn Guru Nik Abd Aziz, Dr Yusuf Al Qardawi & Dr Mursi adalah diantara pejuang Islam yang menjadi pemangkin semangat kami di dalam program ini apabila sahabat berkongsi kisah mereka.

Saya yang menulis ini, belum pasti lagi berjaya utk terus istiqamah, tiada suatu jaminan melainkan kematian sebagai penentunya. Doakan saya mati di dalam perjuangan ini.

Hanya 2 cita-cita tertinggi, melihat kemenangan Islam atau mati di dalam perjuangan.


Ini lagu tema kami:



Ianya tentang UKHUWAH & ISTIQAMAH.

Ini sedikit gambar program kami:








Maassalamah wa ilalliqa' :)

2 ulasan:

  1. aktiviti yg menarik dan bermanfaat...saya teringin nak join program mcm ni...awl tahun hari tu saye penah join world hijab day di tasik shah alam...^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..cik karmila tinggal di mana? dah ada contact dgn ngo nisa' di sana?

      Padam