Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, lazimnya akan bertanya apakah tindakan yang perlu mereka ambil untuk memastikan susu cukup dan kekal bertenaga di bulan Ramadhan.
Surah Al-Baqarah .Ayat: 183: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."
Ramadhan ini Allah ciptakan bukan untuk membebani hamba-hambaNya, begitu juga bagi ibu yang sedang menyusukan anaknya. Ia tidak lah susah untuk kita lalui, seperti mana hari biasa-biasa kita saja. Yang penting perlu kita lalui dengan penuh rasa Khauf (bimbang) & Raja' (harap) kepada Allah.
Bahkan mungkin ada yang akan mendapati hasil susu perahannya bertambah di bulan Ramadhan ini :)
Adapun kewajipan ini terletak kepada semua hamba Allah yang telah baligh serta beberapa syarat lagi, namun ada beberapa keadaan yang membolehkan orang-orang tertentu untuk tidak berpuasa, termasuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang insyaAllah.
Tips bagi ibu menyusu di bulan Ramadhan:
- · Minum air yang mencukupi antara selepas berbuka sehingga sahur
- · Makan kurma pada waktu berbuka dan sahur kerana kurma dapat mengekalkan tenaga yang mencukupi (disarankan kurma bertangkai kerana kandungan gulanya lebih tinggi)
- · Ambil makanan seimbang ketika sahur & berbuka
- · Elakkan minuman manis terutama ketika sahur kerana ia akan membuatkan kita berasa segar pada awalnya dan lesu beberapa jam selepas itu apabila kadar gula semakin menurun
- · Pam susu & menyusukan seperti biasa
- · Hayati & maknai Ramadhan dengan tenang & gembira
Ramadhan kareem & happy breastfeeding!







