Sabtu, 25 April 2015

HOMESCHOOLING ACTIVITIES 2

Assalamualaikum wbt :)

Hari ni nak share HS avtivity Nu'man yang semalam. Hari ni school Nu'man cuti. hihi

Bahan-bahan aktiviti Nu'man semalam:



Ok, mulakan sesi pembelajaran kita dengan ummul kitab & doa penerang hati ya anakku.

seriusnya anak ummi nak start school

AKTIVITI 1: MASUKKAN POTONGAN KERTAS DALAM BOTOL

Aktiviti ni, bahannya boleh dapat kat rumah je. Potongan kertas warna warni & Botol air kosong. Nu'man nampak happy & seronok buat aktiviti ni, alhamdulillah :)





Saya sudah selesaikannya!

AKTIVITI 2: SHAPE SORTING

Shape sorter ni lama dah ummi beli. Nu'man nampak dah expert yang ni. Hari tu cari shape sorter kat Mr D.I.Y tak jumpa. Nanti ummi cari yang baru biar lebih mencabar daya berfikir Nu'man :)






AKTIVITI 3: TAMPAL STICKER PADA LUKISAN

Sticker ni lebih yang ummi guna untuk EBM Nu'man dulu. Sila abaikan lukisan yang buruk itu.




Hasil kreativiti Nu'man, ummi akan compile.


AKTIVITI 4: SUAI PADAN BEKAS & PENUTUP

Senang je untuk aktiviti ni, ambil beka-bekas kat dapur yang pelbagai saiz & bentuk. Ni di antara hadiah kawin sy :)





Good job my dear!

Dan diakhir sesi school Nu'man, ummi reward dia dengan kegemaran dia. Buah lai :)


Nampak tak muka kepuasan dia. hihihi

Sekian saja sharing untuk kali ini. Ummi nak list down aktiviti & barang yang perlu di beli untuk sesi HS Nu'man next week pula.

In the same time, ummi sedang do research tentang fakta-fakta homeschooling. Alhamdulillah bersyukur dengan amanah sebagai "ibu", dapat tambah ilmu setiap masa :)

Ilalliqa'

::membangunummahdarirumah::




Khamis, 23 April 2015

HOMESCHOOLING ACTIVITIES 1


Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni Nu’man 2 yrs & 1 day. Ummi dah lengkapkan amanah penyusuan susu ibu untuk Nu’man until 2 yrs dan sekarang misi ummi untuk sekolahkan Nu’man di rumah. Hihi selagi Allah bagi peluang pada ummi, akan ummi laksanakan semampunya.

Nu’man sedang membesar dan ummi nak membangunkan jiwa dia dengan tangan sendiri, selagi Allah izinkan.

Homeschooling ni banyak kebaikannya, tapi saya tak habis gali ilmu lagi. Hasil blog walking dan sedikit pembacaan, aktiviti homeschooling for Nu’man bermula dengan aktiviti seperti berikut.

PERTAMA: COLOUR SORTING





KEDUA: SUSUN ALPHABET



KETIGA: FUR STICKS & TAPIS SAYUR




KEEMPAT: RING TOWER



Nu’man happy dengan sesi ni membuatkan ummi lebih bersemangat untuk meneruskan misi ni. Hihihi

Aktiviti hari ni membantu sel-sel otak Nu’man berhubung untuk mengenal warna, bentuk, huruf dan focus.

Aktiviti hari ni, saya banyak dapat idea dari blog saatakukaupilih.blogspot.com. Tq sis. Smg pahala berterusan buat sis J

Untuk esok, aktiviti lain pula, insyaAllah.

P/S: abaikan kanak-kanak yang berseluar pendek dan berkopiah tu ye. Dia sangat suka pakai kopiah.

Salam sayang.

::membangunummahdarirumah::













Rabu, 22 April 2015

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ANAKANDA NU'MAN BIN KAMARUL - DETIK KELAHIRAN

20 April 2013

00.30 am
Ummi turun darah & lendir. Terus call omma, tanya pendapat. Omma kata tunggu sakit contraction baru ke hospital. Ummi pun sambung tidur..tapi mata tak boleh lelap. Ayah suruh banyakkan berzikir. Berapa minit kemudian, ummi ke toilet lagi, darah & lendir makin banyak. Hati tak senang, khuatir terbersalin tiba-tiba. Hihi Maklumlah pengalaman pertama.

01.30 am
Ummi ajak ayah ke Hospital Sg Buloh. Dalam perjalanan dari Sek 18 Shah Alam ke HSgB, dah start contraction, cuma mild sangat. Ayah pesan lagi supaya teruskan zikir. Ayah drive dengan tenang, highway pun lengang.

02.00 am
Sampai di hospital, tunggu turn, Dr cek bukaan & cek ctg. Jantung anak ummi cantik & bukaan 2cm.
Ummi terus tunggu di wad bersalin sementara tunggu dapat katil. Duduk kat kerusi, contraction mild je, boleh tahan lagi. Tak ingat pukul berapa cek bukaan lagi lepas tu.

21 April 2013

08.00 am
Omma & Tok Wan datang. Excited diaorang, hihi cucu pertama kan. Contraction boleh tahan lagi. patient ramai, Ummi pun pilih untuk duduk dengan ayah kat ruang menunggu wad. Sambil ayah urut-urutkan pinggang bila contraction datang.

12.30 pm
Ummi makan nasi lemak lauk ayam, tapi tak habis sebab layankan contraction juga masa tu. Ummi terus baca zikir Nabi Yunus.

7.00 pm
Nurse panggil, ummi dah dapat katil, bukaan dah 4cm. Ada makan petang disediakan, tapi ummi tak lalu sebab layan contraction. Nurse cek lagi ctg, jantung baby ok & contraction kerap. Masa ni boleh lagi baring kat katil sambil makan kurma. Lepas tu Dr buat VE dah 5cm tapi tak ingat pukul berapa.

22 April 2013

01.00 am
Bukaan 7cm, rasa tak boleh duduk dah ummi. Nurse kata standby masuk LR, nurse bawak wheel chair & ummi masuk LR. Sempat ummi mesej ayah supaya ayah alert bila nama dipanggil masuk ke LR. Di HSgB suami boleh masuk LR. Di LR nurse pecahkan air ketuban dan lepas tu contraction kuat datang. Dalam 3x contraction kuat, ummi boleh sebut Allahuakbar je time tu sambil pegang katil sebab ayah tak masuk lagi. Lepas tu ummi dah fully dilated, 10cm. Nurse kata bila rasa nk teran bagitau. Ummi rasa macam nak buang air besar, nurse kata bukan tu. Nurse suruh tarik nafas dan push. Ayah dah masuk LR time ni. Ummi salah teknik push, baby tak boleh keluar. Nurse kata kalau lambat nanti baby lemas, push macam nak buang air besar. Lepas tu dengan teknik yang betul ummi push, lahirlah anakanda ummi pada pukul 2.59 am. Alhamdulillah Allah mudahkan. Terus buat skin to skin beberapa minit then ayah pun azankan baby. Ummi tak terkata, hanya mampu alirkan air mata kesyukuran, hilang semua rasa sakit :)

Pada hari ke tujuh kelahiran anak syurga ini, Ummi dan Ayah menamakan dia, Nu'man yang bermaksud kenikmatan. Nu'man juga nama beberapa orang sahabat Rasulullah yang menjadi tentera Badar Al Kubra. Nu'man juga nama sebenar Imam Hanafi,salah satu imam mazhab ahli sunnah wal jamaah. Besar harapan ummi & ayah supaya Nu'man membesar sebagai orang yang beriman dan meneruskan perjuangan Rasulullah, sahabat, ummi & ayah dalam menegakkan kalamullah.

Dan hari ini ulangtahun kelahiran anakanda ummi yang ke 2, 22 April 2015 bersamaan 3 Rejab 1435H.

“Ya Allah, berikanlah kefahaman baginya dalam urusan agama, dan ajarkanlah dia ta’wil”

 “Ya Allah, jadikanlah ia anak yang sehat sempurna, berakal cerdas, dan berilmu lagi beramal”

"Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

Ini kiriman doa ummi untuk Nu'man kepada Allah.

*Fakta detik kelahiran mungkin ada sedikit berbeza dengan waktu dan keadaan sebenar sebab ingat-ingat lupa. hihi

*InsyaAllah, saya akan kongsikan perjalanan 2 tahun saya menyusukan Nu'man dengan susu ibu pada entry akan datang. Biiznillah :)

Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'aban, wa balighna fi Ramadhan.


Nu'man bin Kamarul, Day 1

Rabu, 15 April 2015

BAPA JUGA MAMPU MENYUSUKAN BAYI

Assalamualaikum mommies J

Pada Bengkel Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu lepas, 28 Mac 2015 di Shah Alam, ada slot bersama bapa yang dinamakan slot Bapa juga mampu menyusukan bayi.

Slot ini Dr Faridah menggunakan pendekatan komunikasi 2 hala terutama bersama kaum bapa. Yang menariknya, Dr meminta bapa-bapa hebat ini menyenaraikan perkara-perkara yang mereka boleh bantu dalam menyempurnakan misi penyusuan susu ibu selama 2 tahun.

Dibawah ini feedback dari bapa:

  • Berikan keperluan ibu untuk misi ini
  • Belikan makanan yang diperlukan (milk booster etc)
  • Luangkan masa membantu kerja rumah
  • Berkongsi ilmu
  • Pada waktu malam, selepas baby kenyang menyusu, bapa bantu menidurkan bayi pula
  • Mandikan bayi
  • Uruskan keperluan untuk ke nursery/taska/pengasuh diwaktu pagi
  • Cari ilmu sama-sama
  • Bantu isteri handle stress. Kalau nampak isteri terlalu penat dan berubah emosi semasa     menguruskan anak, suami ambil anak dan beri isteri masa untuk diri
  • Berbincang bersama isteri tentang perancangan keluarga (jarak antara anak dsbg)
  • Belikan isteri hadiah seperti ros & coklat sebagai tanda penghargaan atas usaha kerasnya
  • Cari masa keluar berdua dengan isteri dan nikmati masa berdua seketika
Ada kajian dari barat mengatakan: Support from partners (spouse) will ensure the successful of breastfeeding journey.

Tambah Dr lagi, bayi/anak kecil sebenarnya merasa selesa & selamat apabila berada di dada ayahnya yang “sado” haha. Seperti di gambar.


Teruja saya dengan komitmen dan kerjasama kaum suami masa slot ini. Semoga Allah merahmati mereka kerana memuliakan isteri mereka dengan menunjukkan sokongan padu dalam menjayakan misi penyusuan anak mereka sehingga 2 tahun.

Sampai berjumpa lagi J


::Membangun Ummah Dari Rumah::

Isnin, 13 April 2015

NATURAL REMEDIES FOR FEVER

Assalamualaikum :)

Baru hari ni dapat share tentang natural remedies yang ummi amalkan bila Nu'man demam.

Alhamdulillah, Nu'man jenis yang cepat kebah demamnya. Berkat susu ummi, mungkin ;)

Selalunya bila Nu'man demam, ummi akan jerlum badan dia dengan air paip & tinggalkan pampers saja sebagai pakaian dia. Selain bagi dia ubat demam homeopatahy secara konsisten.

Baru-baru ni, di rumah atok nu'man, Pontian, malam sebelum majlis resepsi mok teh Nu'man, Nu'man demam. Sebelum hari tu Nu'man memang main sungguh, bekejar ke sana ke mari dengan sedara mara dia. Jumaat malam Sabtu tu ummi cek suhu badan dia dah 38 degree. Siang tu memang dah dedar badan dia dan ummi asyik jerlum. Cuma dia still aktif masa siang tu.

Malam tu, ummi bawa dia masuk bilik, susu kan, supaya dalam badan dia ada air yg mencukupi dan dia tertidur. Ummi pun tanggalkan baju, tinggalkan pampers dan basahkan lagi badan dia. Keep on monitor suhu.

Macam biasa, ummi pakaikan stokin basah juga
.

Ha..tiba-tiba teringat lidah buaya, maklumlah kat kampung kan, mesti ada pokoknya. Apa lagi ummi pun g kat luar, potok sikit pokok lidah buaya atok Nu'man, ambik sikit gel dia sapu kat tapak kaki Nu'man. Minta ayah buatkan air aisam jawa untuk jerlum lagi badan Nu'man.

Sepanjang malam, ummi monitor suhu dan Nu'man tidur dengan pampers saja cuma ummi alaskan dengan kain tuala nipis badan dia. Sebab kat kampung malam-malam sejuk sangat.

Esok pagi bangun, alhamdulillah, Nu'man kembali segar dan main macam biasa. Suhu badan pun terus normal macam biasa :) Lega sangat ummi.

Di bawah ni saya kongsikan info dari Group Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM):


  • JEL LIDAH BUAYA - fresh dari daunnya boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur
  • TEKNIK HIDROTERAPI STOKIN BASAH - semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa  dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Kenapa di kaki? Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kalenjer peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba. Caranya: sebelum tidur, rendam stokin kapas nipis di dalam air, perah dan pakaikan pada kaki. Pakai sepasang stokin lagi dan pakai keduanya semasa tidur
Ok lah, jumpa lagi di lain perkongsian ya.

::membangun ummah dari rumah::