Assalamualaikum mommies J
Pada Bengkel Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu lepas, 28 Mac 2015 di Shah Alam, ada slot bersama bapa yang dinamakan slot Bapa juga mampu menyusukan bayi.
Slot ini Dr Faridah menggunakan pendekatan komunikasi 2 hala
terutama bersama kaum bapa. Yang menariknya, Dr meminta bapa-bapa hebat ini
menyenaraikan perkara-perkara yang mereka boleh bantu dalam menyempurnakan misi
penyusuan susu ibu selama 2 tahun.
Dibawah ini feedback dari bapa:
- Berikan keperluan ibu untuk misi ini
- Belikan makanan yang diperlukan (milk booster etc)
- Luangkan masa membantu kerja rumah
- Berkongsi ilmu
- Pada waktu malam, selepas baby kenyang menyusu, bapa bantu menidurkan bayi pula
- Mandikan bayi
- Uruskan keperluan untuk ke nursery/taska/pengasuh diwaktu pagi
- Cari ilmu sama-sama
- Bantu isteri handle stress. Kalau nampak isteri terlalu penat dan berubah emosi semasa menguruskan anak, suami ambil anak dan beri isteri masa untuk diri
- Berbincang bersama isteri tentang perancangan keluarga (jarak antara anak dsbg)
- Belikan isteri hadiah seperti ros & coklat sebagai tanda penghargaan atas usaha kerasnya
- Cari masa keluar berdua dengan isteri dan nikmati masa berdua seketika
Ada kajian dari barat mengatakan: Support from partners (spouse)
will ensure the successful of breastfeeding journey.
Tambah Dr lagi, bayi/anak kecil sebenarnya merasa selesa
& selamat apabila berada di dada ayahnya yang “sado” haha. Seperti di
gambar.
Teruja saya dengan komitmen dan kerjasama kaum suami masa
slot ini. Semoga Allah merahmati mereka kerana memuliakan isteri mereka dengan
menunjukkan sokongan padu dalam menjayakan misi penyusuan anak mereka sehingga
2 tahun.
Sampai berjumpa lagi J
::Membangun Ummah Dari Rumah::

Mohon share ye sis.. :p
BalasPadamHttp://pearlvta.blogspot.com