Baru hari ni dapat share tentang natural remedies yang ummi amalkan bila Nu'man demam.
Alhamdulillah, Nu'man jenis yang cepat kebah demamnya. Berkat susu ummi, mungkin ;)
Selalunya bila Nu'man demam, ummi akan jerlum badan dia dengan air paip & tinggalkan pampers saja sebagai pakaian dia. Selain bagi dia ubat demam homeopatahy secara konsisten.
Baru-baru ni, di rumah atok nu'man, Pontian, malam sebelum majlis resepsi mok teh Nu'man, Nu'man demam. Sebelum hari tu Nu'man memang main sungguh, bekejar ke sana ke mari dengan sedara mara dia. Jumaat malam Sabtu tu ummi cek suhu badan dia dah 38 degree. Siang tu memang dah dedar badan dia dan ummi asyik jerlum. Cuma dia still aktif masa siang tu.
Malam tu, ummi bawa dia masuk bilik, susu kan, supaya dalam badan dia ada air yg mencukupi dan dia tertidur. Ummi pun tanggalkan baju, tinggalkan pampers dan basahkan lagi badan dia. Keep on monitor suhu.
Macam biasa, ummi pakaikan stokin basah juga
.
Ha..tiba-tiba teringat lidah buaya, maklumlah kat kampung kan, mesti ada pokoknya. Apa lagi ummi pun g kat luar, potok sikit pokok lidah buaya atok Nu'man, ambik sikit gel dia sapu kat tapak kaki Nu'man. Minta ayah buatkan air aisam jawa untuk jerlum lagi badan Nu'man.
Sepanjang malam, ummi monitor suhu dan Nu'man tidur dengan pampers saja cuma ummi alaskan dengan kain tuala nipis badan dia. Sebab kat kampung malam-malam sejuk sangat.
Esok pagi bangun, alhamdulillah, Nu'man kembali segar dan main macam biasa. Suhu badan pun terus normal macam biasa :) Lega sangat ummi.
Di bawah ni saya kongsikan info dari Group Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM):
- JEL LIDAH BUAYA - fresh dari daunnya boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur
- TEKNIK HIDROTERAPI STOKIN BASAH - semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Kenapa di kaki? Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kalenjer peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba. Caranya: sebelum tidur, rendam stokin kapas nipis di dalam air, perah dan pakaikan pada kaki. Pakai sepasang stokin lagi dan pakai keduanya semasa tidur
Ok lah, jumpa lagi di lain perkongsian ya.
::membangun ummah dari rumah::

Tiada ulasan:
Catat Ulasan