Isnin, 16 Mac 2015

WALIMATULURUS-ADAT VS SYARIAT

DEFINISI walimatulurus-jamuan agama bg meraikan pengantin

HUKUM mengadakan walimatulurus-sunat muakkad (sunat yg dituntut) keatas keluarga pengantin mengikut kemampuan

TUJUAN walimatulurus-
1. melaksanakan sunah yg dituntut
2. utk umumkan pernikahan supaya tak timbul fitnah akan datang
3. sbg tanda kegembiraan keluarga krn terima ahli baru

ADAT
1. bersanding dan upacara merenjis pengantin dgn disaksikan khalayak
2. menggunakan perbelanjaan yg besar. ada kisah menceritakan Rasulullah mengadakan walimah dgn tamar & keju krn tujuan walimah utk jemput org makan dan hebahkan perkahwinan
3. karaoke/hiburan melalaikan/pergaulan bebas lelaki perempuan/lupa waktu solat
4. sambutan malam berinai
5. meletakkan nilai wang hantaran mengikut taraf pendidikan wanita
6. mewajibkan wang hantaran

SYARIAT
1. undangan menyeluruh tanpa kira darjat
2. dibolehkan ada hiburan utk memeriahkan majlis yang sederhana & sopan (nasyid)
3. pelamin dan persandingan dibolehkan untuk tontotan keluarga dan mahram shj
4. tiada adegan romantik yg diperronton di khalayak
5. perbelanjaan perkahwinan mengikut kemampuan keluarga tanpa dibebankan kpd pengantin
6. mahar (mas kahwin) yg wajib keatas pengantin lelaki sbg prmberian kpd pengantin perempuan, apa saja asal barangan yg boleh diguna. Hadith Rasulullah: sekalipun cincin besi boleh diberi sbg mas kahwin (mahar)

Utk pengantin yg ingin memgikuti penuh tuntutan syariat, SYABAS & TAHNIAH. Inilah tiket KEBERKATAN alam rumahtangga yg ditempah.

Adapun begitu, berikutan keadaan dan kefahaman ummat hari ini, amatlah disarankan agar pengantin yg ingin menegakkan syariat ini mengambil pendekatan MENEGAKKAN SYARIAT DAN MERAIKAN ADAT supaya dapat menjaga perhubungan sesama ahli keluarga dan masyarakat.

Utk menegakkan syariat, lazimnya pelbagai reaksi akan diterima. Oleh itu setelah bakal pengantin bulatkan tekad, berdoa, hadapilah ujian dari sekeliling dgn matang & sabar. Bakal pengantin harus semakin dekat dgn Allah apabila majlis juga semakin dekat. Hanya Dialah penunjuk jalan keluar segala kesulitan.

Rasulullah: semulia dan seberkah mahar akad nikah adalah yg paling kecil nilainya.

BERKAT yg dimaksudkan boleh diukur setelah pernikahan seperti:
❤ suami isteri semakin dekat dgn Allah
❤ suami isteri diizinkan Allah utk solat berjemaah (suami mampu menjadi imam.kpd isteri dan anak2)
❤ isteri menjadi penyejuk mata dan hati suami
❤ dikurnia anak soleh solehah
❤ suami isteri solat 5waktu dan tunai amalan sunat mengikut kemampuan
❤ bebas hutang
❤ rezeki yg sedikit cukup, yg banyak mampu di agihkan
❤ ahli keluarga bersifat qana'ah-merasa cukup dgn yg sedikit, bersyukur dgn yg byk
❤ rezeki semakin mudah
❤ hubungan dgn ahli keluarga bertambah erat
❤ seluruh keluarga menjadikan al quran dan as sunah sbg panduan kehidupan

At Tahrim:6
"Wahai org2 beriman, bawalah dirimu dan keluarga kamu jauh dari api neraka......."

Inilah tugas kita didalam keluarga. Smg rumahtangga yg dibina benar2 menjadi jambatan ke syurga Allah.

p/s: penulis bukanlah yg sempurna tanpa pernah melakukan kesilapan. Tetapi yg Allah nilai ialah apabila kita terus berusaha utk menjadi hambaNya yg lebih baik dari masa ke semasa.

Wallahu'alam

Nor Amalina Ahmad Foat
16.03.15
Selayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan