Rabu, 17 Jun 2015

MENYUSUKAN ANAK KETIKA RAMADHAN

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, lazimnya akan bertanya apakah tindakan yang perlu mereka ambil untuk memastikan susu cukup dan kekal bertenaga di bulan Ramadhan.

Surah Al-Baqarah .Ayat: 183: "Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."

Ramadhan ini Allah ciptakan bukan untuk membebani hamba-hambaNya, begitu juga bagi ibu yang sedang menyusukan anaknya. Ia tidak lah susah untuk kita lalui, seperti mana hari biasa-biasa kita saja. Yang penting perlu kita lalui dengan penuh rasa Khauf (bimbang) & Raja' (harap) kepada Allah.

Bahkan mungkin ada yang akan mendapati hasil susu perahannya bertambah di bulan Ramadhan ini :)

Adapun kewajipan ini terletak kepada semua hamba Allah yang telah baligh serta beberapa syarat lagi, namun ada beberapa keadaan yang membolehkan orang-orang tertentu untuk tidak berpuasa, termasuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang insyaAllah.

Tips bagi ibu menyusu di bulan Ramadhan:

  • ·         Minum air yang mencukupi antara selepas berbuka sehingga sahur
  • ·         Makan kurma pada waktu berbuka dan sahur kerana kurma dapat mengekalkan tenaga yang mencukupi (disarankan kurma bertangkai kerana kandungan gulanya lebih tinggi)
  • ·         Ambil makanan seimbang ketika sahur & berbuka
  • ·         Elakkan minuman manis terutama ketika sahur kerana ia akan membuatkan kita berasa segar pada awalnya dan lesu beberapa jam selepas itu apabila kadar gula semakin menurun
  • ·         Pam susu & menyusukan seperti biasa
  • ·         Hayati & maknai Ramadhan dengan tenang & gembira

Semoga usaha ibu-ibu untuk memberi anak-anak makanan terbaik ini akan diberi pahala berlipat ganda di bulan yang paling mulia.

      Ramadhan kareem & happy breastfeeding!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan