Rabu, 23 Disember 2015

TEKNIK CERAI SUSU/WEAN OFF



Proses penceraian susu ibu bagi saya merupakan salah satu daripada perjalanan Penyusuan Susu Ibu (PSI). Selesainya sebuah perjalanan PSI itu sehingga anak itu bercerai dgn susu ibunya.

Terjemah Surat Al Baqarah Ayat 233

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita karena anaknya dan jangan pula seorang ayah menderita karena anaknya. Ahli waris pun berkewajiban seperti itu pula. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

Pada hari artikel ini ditulis, anakanda sy, Nu’man masuk hari ke 7 berjaya dipisahkan dari susu ibu pd usianya 2 tahun 8 bulan 1 hari. Alhamdulillah.

Bagi ibu-ibu yg memilih utk menyusukan anaknya dgn susu ibu tanpa susu yg lain sebagai tambahan (fully bf), proses penceraian susu ibu ini merupakan suatu cabaran. Tambahan lagi pada waktu malam. Bonding anak & ibunya sangat kuat. Dada ibunya sangat selesa dan macam bantal busuk utk anak pada waktu-waktu dia nak tidur. Saya tidak ketinggalan untuk melalui cabaran itu.

Ketika umur Nu’man masuk 2 tahun, ada juga saya usahakan untuk bercerai susu, dengan cara bagitau dia dah besar, bacakan terjemahan surah diatas, bagi Nu’man tidur dgn ayahnya waktu malam..Tapi usaha ketika itu tak istiqamah. Tak tahu kenapa, mungkin kami berdua (ummi & Nu’man) belum betul2 bersedia.

Masuk umur Nu’man 2 tahun setengah, ummi rasa masanya dah tiba, kita sama-sama perlu usahakan, Nu’man dah besar, Allah kata dalam Al Quran haknya sehingga 2 tahun. Susu ibu juga menjadi makanan utama utk seorang manusia pada umurnya 0-24 bulan sahaja. Nu’man pun waktu tu menyusu masa nak tidur je.

Lalu macam-macam yg di cadangkan orang sekeliling, letak asam jawa la, dan entah apa lagi, sy tak boleh nak ingat sebab semua tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri sy.. hihi. Tak sanggup rasanya nak buat macamtu utk Nu’man. Pada sy, biarlah Nu’man berjaya wean off dalam keadaan dia faham dan bersedia.

Sy kongsikan apa yg saya, suami dan Nu’man lalui dan buat sepanjang proses cerai susu Nu’man dalam masa seminggu ni:

Sharing tips yg sy nampak berkesan setakat ini utk kami:

1. Baca kan terjemahan Al baqarah:233 & tadabbur dgn anak. Apa yg Allah maksudkan, apa yg Allah perintahkan. Biar lah dia macam blur pun..yg penting kita install kalamullah tu.

2. Bgtau dia kerap, anak ummi dah besar.. dah nak 3 tahun. Blh susu umi sampai 2 tahun je. Bagitau dgn cara yg kita rasa anak kita boleh faham

3. Malam bagi tidur dgn ayahnya. Day 1 mmg dia nangis mcm kena pukul. Ummi yg tidur kt luar pun x blh lena selagi anak nangis nak cucu (susu) ummi. Tapi kena tekad & keep doa masa tu. Bila dia tertidur baru ummi boleh lelap.

4. Tgh malam dlm kul 3 dia akan terjaga nak susu ummi lagi pastu nangis..ummi kat luar pun terjaga dr tdo huhu tapi ummi dah bulatkan tekad. Ayah pujuk sampai tertdo semula. Ummi pun sambung tidur lepas Nu’man tidur semula. Dalam 2-3 hari awal tu, memang tak cukup tidur ummi & ayah. Nu’man pun. Tapi takpe, kita lalui proses ni sama2.

5. Hari seterusnya nampak anakanda dah lbh faham. Minta juga masa nak tidur, tapi bila ummi kata nu'man dah besar, jom ummi tepukkan, pejam mata. Baca doa tdo sama2, baca 3 qul dan ummi dodoikan dgn zikir sampai lelap. Alhamdulillah ummi dah blh tdo satu bilik dgn nu'man. Nu’man tidur atas tilam bujang tepi katil ummi ayah. Nu’man tak memberontak dan memaksa dah nak susu ummi. Malam terjaga pun, ummi pujuk dan tidur balik.

6. Bangun tdo, bagi minum air suam dan sarapan. Trus x mnta susu ummi. Mkn mcm biasa. Ada jgk kadang2 minta tapi dah x terlalu mendesak ummi. Dah makin faham. Alhamdulillah. Ummi pastikan sentiasa ada kudapan untuk Nu’man, madu stick, roti, biskut, dll.

7. Tambahkan amalan2 sunat ummi, penting solat hajat n taubat. Mohon Allah bantu. Sy perasan kuasa solat hajat dan doa seorang ibu, amat-amat memainkan peranan peting dalam proses ini. Laa hau la wala quwwata illa billahil`aliyyil`azim. Hanya Allah lah yg mengizinkan ianya berlaku, sedang aku tidak mampu.

8. Sangat penting ibu dan ayah bekerjasama & jelas kenapa perlu cerai susu. Barulah nanti hasilnya akan membuatkan kita tersenyum sebab dapat bantu anak faham selepas ummi & ayahnya faham. Saya pernah hari ke2 pagi tu hampir tewas, hampir nak suakan ke mulut Nu’man sebab tak tahan dengar dia nangis, disebabkan ayahnya yg faham dgn baik misi ni, sy di tegah, katanya bakal gagal misi kita macamni. Hihihi Sy pun terfikir, kesian jugak kat suami kalau sy tewas dalam misi ni, dahlah ayahnya korbankan tidur utk sama2 berjuang. Jadinya penting sangat untuk bekerjasama.

9. Penting juga, ceraikan susu ibu dari anak ini dibuat dalam keadaan penuh rasa kasih dan sayang. Biar anak faham ummi tak bagi menyusu susu ummi lagi bukan sebab ummi tak sayang, tapi sebab Allah kata begitu. You are big enough, son. Elakkan marah-marah, buat dgn penuh toleransi & komited.

Sehingga malam td ada juga minta susu ummi. Lepas ummi lipat kain, ummi baring atas sofa, masa tu dia minta. Ummi pujuk guna ayat yg power tu “Nu’man kan dah besar, susu ummi pun dah takde agaknya syg”. Lepas u dia ok je main..

Tambahan, apa yg saya rasakan sebagai seorang ibu yg melahirkan dan menyusukan Nu'man hingga 2 tahun ialah, selepas lalui fasa wean off ini, setiap kali sy lihat wajahnya, bertambah-tambah rasa kasih dan sayang saya pada dia. Sebab sy rasa Nu'man juga korbankan keinginannya dgn cuba memahami misi wean off ini hingga kami sama-sama berjaya. Ini lah hikmahnya. Allahuakbar!

Alhamdulillah 'ala kulli hallin wa fi kulli ni'mah

P/s: Ini kisah kami, mungkin berbeza bagi anda, cuma sy yakin asasnya tetap sama :)

Ummu Nu’man
23.12.2015
Membangunummahdengansusuibu

Ini dia anak soleh sy. I love u syg!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan